fb fb fb fb fb

DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak dibubar - PAS

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan hari ini mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan turut memaklumkan parti itu akan memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15) atas prinsip penyatuan ummah.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat juga membuat keputusan untuk memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.

Manakala, senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama.

Terdahulu dalam satu majlis berasingan di Kuala Terengganu tengah hari tadi, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri berkata parti itu sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang

PAS dalam satu kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga negeri bawah pentadbiran parti itu kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN masing-masing, termasuk 32 DUN di Terengganu.

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri sebelum itu merasmikan Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera Rhu Rendang di Marang.

Media Baharu