fb fb fb fb fb

RMK13 perkukuh NIMP 2030, NSS dan NETR, demi pertumbuhan ekonomi mampan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Julai -Pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Strategi Sektor Perkhidmatan Negara (NSS) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan dipergiat dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang terangkum dan mampan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini berada di kedudukan keenam tertinggi sebagai pengeksport semikonduktor dunia, dengan eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) mencecah lebih RM600 bilion pada tahun 2024.

"Momentum ini akan dioptimumkan melalui pelaksanaan projek Flagship Industri Semikonduktor High Value-High Technology dengan sasaran nilai eksport produk E&E menghampiri RM1 trilion
 menjelang 2030," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen.

Strategi Semikonduktor Nasional turut akan diperkenalkan memberi fokus kepada pembangunan reka bentuk litar bersepadu, peralatan pembuatan semikonduktor, pembungkusan termaju serta proses hadapan (front-end).

Datuk Seri Anwar berkata, penglibatan GLC dalam rantaian nilai industri yang strategik kepada Malaysia melalui pelaburan bagi penskalaan syarikat tempatan yang berpotensi akan dipertingkatkan.

TETITIA YUSOFF