fb fb fb fb fb

RM5.2 juta bagi kerja naiktaraf taman di Pulau Pinang

Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir A. Rajendran/Foto RTM

GEORGETOWN, 2 Jun-Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperuntukkan RM5.2 juta untuk kerja-kerja menaiktaraf taman-taman di Pulau Pinang.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir A. Rajendran berkata kerja-kerja menaiktaraf berkenaan melibatkan sembilan lokasi di daerah Barat Daya dan Timur Laut.

Kata Rajendran, sebagai permulaan pihaknya telah berjaya menaiktaraf Taman Kejiranan Bukit Jambul awal tahun lalu.

Projek berkenaan bernilai kira-kira RM14,000.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke Taman Kejiranan Bukit Jambul sempena Sambutan Hari Lanskap Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD