
BAYAN LEPAS, 11 Mac – Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM4.8 juta bagi pelaksanaan Program Nur Ramadan tahun ini bagi membantu golongan asnaf di negeri itu.
- Program memanfaatkan 4,126 penerima fakir dan miskin dengan bantuan RM800 tunai serta e-hamper bernilai RM100.
- Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata bantuan meringankan beban dan memperkukuh keharmonian masyarakat.
- Setiap masjid mengenal pasti kira-kira 50 penerima asnaf fakir dan miskin untuk memastikan bantuan sampai kepada yang layak.
- Bagi penerima hadir, RM300 diserahkan tunai manakala RM500 lagi dikreditkan terus ke akaun bank penerima.
Program berkenaan memanfaatkan 4,126 penerima terdiri daripada golongan fakir dan miskin melalui pemberian RM800 bantuan tunai serta e-hamper bernilai RM100.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, berkata sumbangan itu bukan sahaja meringankan beban golongan memerlukan sepanjang Ramadan.
Sebaliknya, ia turut memperkukuh keharmonian masyarakat menerusi pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Agihan Zakat Nur Ramadan 2026 di Masjid Al-Mustaghfirin, Bayan Lepas.
Menurutnya, setiap masjid mengenal pasti kira-kira 50 penerima asnaf dalam kalangan fakir dan miskin bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.
Tambah beliau, bagi penerima yang hadir pada majlis berkenaan, RM300 diserahkan secara tunai, manakala RM500 lagi dikreditkan terus ke akaun bank penerima.