KUALA LUMPUR, 31 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak yang dijangka berterusan sehingga pukul 9:00 pagi ini.
Antara kawasan yang terlibat ialah Sri Aman, Betong, Sarikei meliputi Pakan, Sarikei dan Julau, manakala Sibu di Kanowit serta Kapit meliputi Song, Kapit dan Bukit Mabong.
Amaran itu dikeluarkan pada pukul 5.00 pagi susulan pengesanan awal fenomena ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang sedang berlaku atau dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.
MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek, yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam dari waktu dikeluarkan.