Ribut petir, hujan lebat landa enam negeri hingga 12 tengah hari ini

Cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Sarawak. Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 12 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga 12 tengah hari.
  • Amaran melibatkan Selangor, termasuk Kuala Selangor dan Klang.
  • Johor terjejas di Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
  • Sarawak turut diberi amaran untuk Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda) serta Pulau Pinang.

Keadaan sama dijangka melanda Selangor (Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak, amaran turut dikeluarkan bagi kawasan Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).- BERNAMA