Ribut petir dijangka landa Pahang, N.Sembilan dan Johor

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pahang, Negeri Sembilan dan Johor, sehingga pukul 2.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Daerah Rompin di Pahang dilaporkan terlibat dalam ramalan cuaca buruk.
  • Negeri Sembilan melibatkan daerah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
  • Amaran dikeluarkan apabila ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam hampir atau dijangka berlaku lebih sejam.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan daerah Rompin di Pahang.

Di Negeri Sembilan, ia melibatkan daerah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Manakala di Johor membabitkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.