fb fb fb fb fb

Ribuan ikan mati, kerajaan Melaka cadang anjur festival memancing

TAMAN REMPAH, 26 April - Kerajaan negeri Melaka bercadang menganjurkan Festival Memancing dan Masakan di sepanjang Sungai Melaka pada bulan Mac 2024.
 
Menurut Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ia dianggap langkah terbaik bagi menangani isu ribuan ikan mati saban tahun di sungai berkenaan.
 
"Jadi saya dapat maklum balas bahawa kejadian ini telah dilihat beberapa tahun kebelakangan ini atas sebab perubahan iklim dan atas sebab paras pasir sungai lebih rendah daripada laut, jadi kita cadangkan kepada Exco Pelancongan dan Warisan sebelum menjelang bulan 4 tahun depan kita akan menganjurkan pesta memancing dan memasak ikan sungai sebelum bulan 4, sempena Tahun Melawat Melaka, kita akan buka pada orang ramai sama-sama meraikan pesta memancing ikan sungai ni pada bulan 3 tahun hadapan, kita akan dapat membantu menyelamatkan ikan-ikan ini daripada fenomena yang berlaku sebelum ini,"


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bercakap pada sidang media selepas
meninjau  Sg Melaka, susulan kejadian lebih lima tan bangkai ikan bersaiz kecil
terapung di sungai berkenaan)

Beliau ditemui media selepas meninjau Sungai Melaka, di sini, susulan kejadian lebih lima tan bangkai ikan bersaiz kecil terapung di sungai berkenaan sejak Ahad lalu.
 
Jelas Ab Rauf, fenomena yang sering berlaku antara 21 hingga 23 April setiap tahun itu bukan suatu pencemaran sebaliknya akibat perubahan cuaca yang ketara hingga menyebabkan air Sungai Melaka dimasuki air laut.

Media Baharu