fb fb fb fb fb

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri erat silaturahim, kukuh perpaduan

KANGAR, 26 April - Penganjuran rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri satu pendekatan bagi mengeratkan silaturahim dan memperkukuh perpaduan antara satu sama lain.

Selain itu turut berperanan bagi merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat dan mengetengahkan konsep berkongsi rezeki.

Bagi Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Ali, tradisi rumah terbuka dilaksanakan saban tahun ketika Aidilfitri namun tidak dibuat sejak dua tahun kebelakangan ini disebabkan penularan COVID-19.

Menerusi majlis seperti ini perpaduan kaum dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung-mengunjung dan hormat menghormati antara satu sama lain selain dapat merangka pelbagai aktiviti untuk kepentingan bersama.


(Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Ali ditemu bual Berita RTM pada Rumah Terbuka
Aidilfitri anjuran Wanita UMNO Bahagian Kangar di Kampung Alor Lanchang, Jejawi, Kangar)

"Dan kita tak buatlah di dewan, saya buat di rumah saya dalam kampung di Kampung Alor Lanchang, Jejawi supaya kawan-kawan dapat datang dan meninjau keadaan sekitar kawasan kampung, berhari raya, makan pun makanan kampung, ketupat, nasi himpit, pulut seri muka, macam-macam ada serba sedikit kami makan dan tadi Alhamdulillah, Ketua Bahagian kami Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya sempat juga untuk bersama-sama dengan kita,"

Beliau memaklumkannya pada program Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Wanita UMNO Bahagian Kangar di Kampung Alor Lanchang, Jejawi, di sini.

Majlis rumah terbuka sebegini juga dapat meningkatkan lagi kemesraan antara rakyat dengan pemimpin dimana kestabilan dan kemakmuran dikecapi hasil kerjasama semua kaum membolehkan setiap perayaan disambut bersama.

Media Baharu