KUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengingatkan pihak berkepentingan akan peranan penting yang dimainkan oleh industri penerbangan pada masa berlakunya bencana alam dan krisis kemanusiaan.
Ketua Pengarahnya Willie Walsh berkata, "industri penerbangan sentiasa bersedia membantu ketika krisis berlaku."
Jelas beliau, "saluran hubungan penting untuk membawa bantuan dan pasukan penyelamat ke tempat yang dilanda bencana contohnya seperti kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini."
Selain itu, syarikat penerbangan membantu menyelamatkan nyawa selepas berlaku gempa bumi, dan membantu mempercepat pemulihan dengan penghantaran kargo penting.
Walsh berkata, meskipun tiada penjadualan menyeluruh berkaitan sokongan yang disediakan syarikat penerbangan, kira-kira 29 syarikat penerbangan utama yang menyediakan penerbangan ke pasaran Turkiye membantu menghantar lebih 3,500 tan bantuan dari lebih 90 negara.
Syarikat penerbangan juga mengendalikan lebih 350 penerbangan bantuan dan penghantaran pulang dan menyediakan pengangkutan kepada lebih 130,000 anggota penyelamat di seluruh dunia.
(Misi Malaysia ke Turkiye)