fb fb fb fb fb

Remaja lelaki rebah, maut ketika main bola sepak

PDRM

KAJANG, 9 September- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika bermain bola sepak di sebuah padang bola di Semenyih di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata polis menerima laporan berkenaan pada pukul 4.00 petang daripada seorang lelaki yang juga jurulatih kepada salah sebuah pasukan kelab bola sepak.

Menurut hasil siasatan mangsa secara tiba-tiba rebah ketika perlawanan dan dibawa ke klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke Hospital Kajang.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.00 petang.

Naazron berkata bedah siasat mendapati mangsa mengalami komplikasi jantung dan asma serta kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Polis turut menasihati ibu bapa agar memastikan pemeriksaan kesihatan dilakukan terhadap anak-anak sebelum menyertai sebarang kejohanan atau aktiviti sukan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

SITI AISHAH MD ISA