SANDAKAN, 11 Mac- Seorang remaja tiada dokumen pengenalan diri maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Datu Pangeran Batu 7, Sandakan, pagi tadi.
Mangsa, Ridzfar Jafar, 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi mengangkat mangsa kira-kira pukul 11 pagi.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada 11.59 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.