RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Semarak Kenegaraan Bersama Warga ATM di Gemas, Negeri Sembilan/ RTM

GEMAS, 27 Julai– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada mana-mana individu akan dilindungi sekiranya didapati bersalah berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH).

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan kerajaan mesti berlandaskan proses perundangan dan Perlembagaan negara.
  • Orang tidak bersalah perlu dipertahankan; mereka yang bersalah mesti didakwa dan dihukum mengikut undang-undang.
  • Proses dibahagikan: siasatan oleh badan penyiasat, pertuduhan oleh Peguam Negara, hukuman oleh hakim.
  • Perdana Menteri menegaskan beliau mesti jujur dan memastikan proses mengikut peraturan serta Perlembagaan.

Beliau berkata prinsip kerajaan jelas bahawa setiap tindakan perlu berlandaskan proses perundangan dan Perlembagaan negara.

Menurutnya, individu yang tidak bersalah perlu dipertahankan, manakala mereka yang didapati melakukan kesalahan hendaklah didakwa dan dihukum mengikut lunas undang-undang.

“Sesiapa yang tidak bersalah perlu dipertahankan. Jika bersalah, dakwa dan sekiranya dijatuhi hukuman penjara, maka terimalah hukuman tersebut.

“Sistem kita menetapkan siasatan dijalankan oleh badan penyiasat, pertuduhan dibuat oleh Peguam Negara, manakala hukuman diputuskan oleh hakim.

“Namun, seorang perdana menteri yang diberikan amanah perlu jujur memastikan semuanya berjalan mengikut proses Perlembagaan dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Garison, Kem Syed Sirajuddin, di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.