fb fb fb fb fb

Raub daerah pertama di Pahang terjejas banjir

Raub, daerah pertama di Pahang terjejas banjir

RAUB, 1 Disember- Raub menjadi daerah pertama di Pahang terjejas banjir melibatkan 489 penduduk daripada 156 keluarga.

Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Masjid Kampung Pintu Padang merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 147 orang, diikuti PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang (98), Dewan Lechar (96), Balairaya Kampung Ulu Jelu (87), Balairaya Kampung Peruas (27), Balairaya Kampung Bukit Pampong (21) dan Balairaya Kampung Pahang Rawas (13) setakat pukul 8.30 pagi tadi.

Selain itu, PPS Dewan Serbaguna Ulu Gali, Balairaya Kampung Pamah Kulat, Balairaya Kampung Kuala Keloi, Pusat Kegiatan Kemas Gali, Dewan Dato Seriwa Dong, Dewan Serbaguna Gali HIlir, Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar dan Masjid Kampung Bukit Pampong turut dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.

Sementara itu, menurut laman sesawang rasmi Public Infobanjir, paras Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub mencecah 135.72 meter melebihi tahap bahaya iaitu 135 meter.

Manakala, Sungai Lipis di Kampung Pos dan Sungai Lipis di Batu Malim masih berada pada paras normal setakat pagi tadi.

ROSLINA BINTI DIN