fb fb fb fb fb

Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dibentangkan untuk bacaan kali pertama

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Julai-Rang Undang-Undang (RUU) Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika membentangkan RUU berkenaan memaklumkan bacaan kali kedua dan ketiga juga akan dibuat pada mesyuarat sama.

RUU berkenaan bertujuan meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283).

RUU itu antara lain meminda tajuk panjang Akta 283 untuk memperluas ruang lingkup supaya merangkumi penagih bahan dan penyalah guna dadah atau bahan.

Pindaan juga bertujuan meluaskan skop rawatan dan pemulihan terhadap penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan, selain pindaan Seksyen 3.

Selain itu, rang undang-undang terbabit juga akan meminda Seksyen 5.

Pindaan turut meliputi penggantian Seksyen 12.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD