KUALA LUMPUR, 29 Mac- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] secara berperingkat.
KPWKM memaklumkan penguatkuasaan Akta 840 itu membabitkan takrifan gangguan seksual, elemen kesedaran dan pencegahan mengenai gangguan seksual kepada masyarakat.
Pelbagai reaksi positif masyarakat mengenai penguatkuasaan Akta 840.
"Saya seorang wanita dan juga seorang ibu. Dengan adanya akta ini akan dapat mempertingkatkan tentang kedudukan undang-undang di negara kita, dapat meningkatkan kesedaran dan juga interversi mengenai hak-hak wanita dan juga kanak-kanak, nasib wanita dan kanak-kanak akan terbela", kata pengarah sebuah syarikat swasta, juga merupakan seorang ibu, Aznita Ab Ghani.
"Saya rasa bagus di luluskan.Tambahan lagi, wanita akan cepat melaporkan, jadi mereka akan rasa selamat dan rasa apa-apa laporan mereka buat itu akan di ambil tindakan dengan segera", kata pekerja swasta, Pawaimalan.
(Foto hiasan)
"Bagi saya akta ini diluluskan sangat bagus, bagi kesedaran kepada masarakat sejagat umum di luar sana bagi kesedaran. Tambahan pula kanak-kanak di bawah umur mereka tiada tempat untuk mengadu, jadinya dari segi konteks keluarga memang bagus juga untuk mereka dapat punya hak masing-masing, anak-anak sendirilah, kata Muhamad Syafiq Ikmal.
Manakala Perunding Motivasi, Eliza Fiza Zulkifle, berkata akta ini memupuk kesedaran kepada masyarakat dan ianya perlu di pupuk sejak di alam persekolahan.
"Pendidikan seksual sebenarnya harus di beritahu di sekolah supaya anak-anak tahu contoh hubungan batasan hubungan anak ayah anak abang anak perempuan dengan bapa saudara sebab kita lihat kes di Malaysia ini banyak perkara-perkara seperti itu yang berlaku.
"Jadi bagi saya kefahaman dengan mengambil kira gangguan seksual, kita perlu tahu, wanita perlu didik, hak anak-anak tentang gangguan seksual", katanya selepas menjadi tetamu dalam
rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.