fb fb fb fb fb

Raja Muda Selangor serah sumbangan Aidilfitri

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenaan menyampaikan watikah pelantikan kepada 10 orang Ketua Sahabat Prihatin Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) (K-SPY) dari daerah Kuala Langat dan Klang

KUALA LANGAT, 16 Mac - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenaan menyampaikan sumbangan tunai sempena Hari Raya Adilfitri berjumlah RM131,100 kepada 874 anak yatim di daerah Kuala Langat.

Daripada jumlah itu, RM43,200 akan dikreditkan kepada 288 anak anak yatim yang tidak dapat hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Iman, Batu 10, di sini. 

Pada majlis itu juga, Baginda turut  berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada 10 orang Ketua Sahabat Prihatin Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) (K-SPY) dari daerah Kuala Langat dan Klang. 

K-SPY berperanan membantu dan menyokong YIDE untuk mengenal pasti anak-anak yatim baharu untuk disantuni di daerah masing-masing selain membantu YIDE daripada segi pengumpulan dana sumbangan melalui program Kupon Infaq Yatim YIDE 2024 yang sedang berlangsung di sembilan daerah di Selangor.

TETITIA YUSOFF