Raja Muda Selangor rasmi Masjid Nurul Iman sempena Ihya Ramadan

FOTO RTM

KLANG, 2 Mac – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Masjid Nurul Iman di Telok Gadong sempena program Ihya Ramadan bersama rakyat, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Baginda menyampaikan sumbangan Hari Raya RM278,000 kepada 556 penerima termasuk asnaf fakir, miskin dan mualaf.
  • Penyerahan cek wakaf korporat RM100,000 dan sumbangan MBK RM50,000 untuk kebajikan dan pembangunan ummah.
  • Baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama penduduk setempat selepas berbuka.

Dalam majlis sama, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah RM278,000 kepada 556 penerima yang terdiri daripada 188 asnaf fakir, 203 asnaf miskin dan 165 mualaf.

Setiap penerima menerima bantuan sebanyak RM500 bagi meringankan persiapan menyambut Aidilfitri.

Baginda juga berkenan menerima penyerahan cek cura Wakaf Korporat daripada Terajy Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. berjumlah RM100,000 serta Majlis Bandaraya Diraja Klang sebanyak RM50,000 bagi memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan ummah di negeri Selangor.

Selepas santapan berbuka puasa, baginda menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah bersama penduduk setempat.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah.