fb fb fb fb fb

Raja Muda Kedah berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Kedah

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenaan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Kedah semalam

ALOR SETAR, 28 Mac - Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, berkenaan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2024/1445 hijriah di Masjid Al Bhukary Alor Setar, semalam.

Keberangkatan tiba Raja Muda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Mohd Azam Abdul Samat, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Datuk Dr Abd Ghani @ Zulkifli Zainuddin , Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali,dan Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah seterusnya disusuli dengan solat sunat tarawih dan sunat witir yang diimamkan oleh Mohd Fidail Zainal Abidin .

Hampir 500 jemaah kebanyakannya terdiri pelajar Universiti Antarabangsa AL Bukhary turut menyertai solat tarawih.

Majlis kemudian diteruskan dengan ceramah khas Nuzul Al-Quran oleh pendakwah bebas Ilyas Ismail Majlis diakhiri dengan program beramah mesra bersama jemaah yang hadir sebelum Raja Muda berangkat meninggalkan majlis.

Malam Nuzul al-Quran adalah malam 17 Ramadan yang al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membawa rahmat seluruh alam.

Surah al-Quran pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ialah Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.

TETITIA YUSOFF