fb fb fb fb fb

'Pulau Tenaga Hijau' realisasi aspirasi negara neutral karbon pada 2050

(Persmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022
oleh Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Inisiatif mewujudkan 'Pulau Tenaga Hijau' antara usaha merealisasikan aspirasi negara neutral karbon pada tahun 2050.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pelaksanaannya dimulakan di Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu serta Pulau Tioman di Pahang.

"Jadi kerajaan memang serius dan kita mengharapkan adanya komponen, komponen yang 100 peratus hijau.

"Walaupun tidak seluruh negara, ada komponen di tempat tertentu misalnya di pulau yang menggunakan 100 peratus tenaga boleh baharu," katanya.

(Datuk Seri Takiyuddin Hassan)

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022 oleh Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Antara inisiatif lain, termasuk pembangunan EP Charging atau pun stesen pengecasan kenderaan elektrik menerusi Suruhanjaya Tenaga yang akan dikuatkuasa pada suku keempat tahun ini.

Media Baharu