fb fb fb fb fb

Puisi jadi medium semai rasa cintakan negara

(Muhammad Suffian Khirham, 21 tahun, dinobatkan sebagai Johan pertandingan Sayembara
Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-36 Peringkat Kebangsaan)

KUALA LUMPUR, 9 September - Puisi mampu menjadi medium terbaik bagi menyemai rasa cintakan tanah air khasnya di kalangan generasi muda hari ini.

Ia dapat digambarkan apabila Muhammad Suffian Khirham, 21 tahun dinobatkan sebagai Johan pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-36 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Suffian, pelajar jurusan Sains Mikrobiologi Universiti Malaya (UM) itu juga merupakan juara pertandingan sayembara puisi peringkat negeri Melaka bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

"Saya sebenarnya antara remaja yang orang kata apa, puisi ini macam tak seronok lah, macam itu, tapi, bila saya mendalami sajak, banyak benda saya belajar, daripada sajak saya itu menceritakan tentang zaman ini, zaman dulu ada orang yang tergamak menggadaikan segalanya untuk mendapatkan harta, kita kena ingat sejarah kita supaya pada masa akan datang kita tak akan dijajah lagi, itu yang saya belajar dan saya menyeru saya berharap individu yang sama umur dengan saya cintailah puisi sebab bukan sahaja dapat bersajak diatas pentas, tidak, kita sebenarnya boleh tanamkan sifat cinta dalam diri kita sebagai warga malaysia," kata beliau.


(Muhammad Suffian Khirham, 21 tahun, dinobatkan sebagai Johan pertandingan Sayembara
Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-36 Peringkat Kebangsaan)

Muhammad Suffian membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan beserta sijil penyertaan yang disampaikan oleh Datuk Zainal Abidin Datuk Wira Borhan bersama dengan Setiausaha Politik Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff yang hadir merasmikan pertandingan tersebut.

Terdahulu, sayembara puisi ini merupakan acara tahunan bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan sejak tahun 1987 dan usaha itu diteruskan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Media Baharu