fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: KPT kenal pasti kaedah mudahkan warga IPT pulang mengundi

(Foto hiasan/BERNAMA)

JITRA, 7 Julai- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengenal pasti kaedah bersesuaian untuk memudahkan warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk pelajar dan pensyarah pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN di enam negeri pada 12 Ogos nanti.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pihak terlibat bagi mencapai kata putus bagi pelepasan cuti untuk mereka menunaikan tanggungjawab itu.

"Kita akan lihat kepada keperluan.. kita akan ambil satu kaedah yang memudahkan mereka terutama yang bekerja ataupun pelajar", katanya.

Selain itu beliau turut berkata pelajar universiti sememangnya bebas untuk berpolitik dan boleh menyokong mana-mana parti pilihan mereka namun perlu bertanggungjawab memastikan ia tidak mengganggu pengajian.

Datuk Mohammad Yusof berkata demikian pada sidang media selepas menutup Pertandingan dan Pameran Inovasi iCompEx  ke-11 yang berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) di Jitra ,Kedah semalam .

Pertandingan dan pameran pertama kali diadakan selama dua hari itu melibatkan negara luar dengan penyertaan dari China, Korea, Indonesia,  Thailand dan Bangladesh.


(Datuk Mohammad Yusof (tengah) pada Pertandingan dan Pameran Inovasi iCompEx
ke-11 di POLIMAS, Jitra , Kedah semalam/ FB Kementerian Pendidikan Tinggi)

Media Baharu