fb fb fb fb fb

PRP dekatkan diri antara penghuni penjara dengan masyarakat

SUNGAI PETANI, 12 Mei - Penubuhan Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Muda, di sini di bawah Jabatan Penjara Malaysia bertujuan mendekatkan diri penghuni penjara dengan masyarakat.

Selain sebagai persediaan untuk mendapatkan pekerjaan selepas bebas dari penjara.

Pengarah Penjara Kedah,Timbalan Komisioner Penjara, Abdul Kadir Jailani Ismail berkata melalui pemulihan tersebut penghuni yang ditempatkan di pusat itu merasa tidak dipinggirkan.

(Pengarah Penjara Kedah,Timbalan Komisioner Penjara, Abdul Kadir Jailani Ismail)

"Sebab mereka keluar sudah ada pekerjaan ,ada wang saku, dia sudah ada gaji jadi dia tidak akan balik kepada rakan-rakan dia yang lama.

"Kalau dulu apabila bebas dari penjara, keluarga pun tidak mahu terima. Sebab itu dengan adanya program ini keluarga sudah mulai yakin bahawa mereka ini sudah berubah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, di sini.

Tambah Abdul Kadir, Pusat Reintegrasi yang telah dua tahun diwujudkan itu menempatkan banduan yang masih mempunyai baki hukuman penjara selama tiga tahun dan ke bawah.

Katanya, penghuni turut dididik dengan pekerjaan serta pelbagai kursus termasuk pertanian, dan projek ikan air tawar.

Media Baharu