fb fb fb fb fb

Projek Gajah Putih di Melaka akan disegerakan

MELAKA, 12 Mei - Projek Gajah Putih, terutama di kawasan pelancongan negeri Melaka akan diselesaikan sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, tindakan segera akan diambil bagi mengindahkan lagi pemandangan di negeri itu.

"Kita mungkin boleh mengambil contoh seperti projek monorel Melaka yang saya kira memang dan 'menyakitkan mata', lama dah di negeri Melaka ini tapi kita memang dalam proses dan saya yakin untuk proses mahkamah rasanya saya akan dpaatkan laporan penuh kesemua projek-projek yang terbengkalai atau gajah putih ini baik daripada sudut yang bawah majlis ataupun yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan yang lain," kata Rais Yasin di sini.

(Rais Yasin bercakap kepada media pada Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik
dan Anugerah Kajian Penilaian Outcome terbaik negeri Melaka di Bandaraya Melaka)

Mengulas lanjut katanya, projek yang terbengkalai itu juga akan membawa kepada pembaziran kerana rakyat tidak dapat menerima sebarang manfaat daripada projek berkenaan.

Media Baharu