fb fb fb fb fb

Proses kelulusan taska perlu tiga perakuan agensi

Timbalan Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos-Lebih 1,000 Taman Asuhan Kanak-Kanak, Taska di seluruh negara sedang menunggu kelulusan untuk beroperasi.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menurutnya, kelulusan sijil pengoperasian Taska perlu mendapat perakuan daripada tiga agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan (KKM)

"Ada yang menunggu permohonan untuk mendaftar tetapi tiada dokumen lengkap, dia memerlukan kelulusan lain.Perlu mendapatkan kelulusan KPKT, Bomba dan Kementerian Kesihatan.

"Sekiranya ketiga-tiga perkara ini berjaya diselesaikan, tiada masalah untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan kelulusan", kata Noraini yang ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Taska dan Hari Pengasuh peringkat Kebangsaan 2024 di sini.

Jelasnya, Ketika ini terdapat lebih 3,000 taska berdaftar melibatkan 70,340 kanak-kanak dan 16,167 pengasuh di seluruh negara.

Manakala 132 132 buah taska berdaftar dan beroperasi di Terengganu merangkumi taska institusi, tempat kerja dan komuniti.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD