fb fb fb fb fb

220 keluarga di Mukim Plentong terima sumbangan bakul makanan

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memberi sumbangan kepada 220 keluarga di Mukim Plentong, Johor Bahru.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook, kesemua keluarga itu menerima sumbangan makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Asman Shah Abd Rahman di Dewan Muafakat Permas, Johor Bahru.

Mohd Anizam berkata, YSIJ secara berterusan menyampaikan sumbangan kepada keluarga memerlukan dalam usaha meringankan beban mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE