fb fb fb fb fb

Proses dan jual air ketum, dua warga tempatan ditahan

PETALING JAYA, 18 Julai – Perbuatan dua lelaki tempatan memproses dan menjual air ketum terbongkar selepas mereka ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sebuah flat di Kelana Jaya pada Jumaat lalu.

Dua lelaki berusia 51 dan 47 tahun itu ditahan bersama air dan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM10,140.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya membuat serbuan pertama di flat berkenaan pada pukul 4.45 pagi dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 51 tahun.

(Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid)

“Melalui penahanan suspek, polis berjaya menemui satu bekas plastik mengandungi cecair disyaki air ketum dianggarkan seberat 1,500 miligram dianggarkan bernilai RM20.

“Hasil analisa rampasan daun dan air ketum ini boleh dibekalkan kepada lebih kurang 2000 orang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini.

Tambah Fakhrudin, siasatan mendapati kegiatan pemprosesan dan penjualan air ketum itu dijalankan sejak empat bulan lalu di sekitar Lembah Subang.

Media Baharu