fb fb fb fb fb

Impak konflik Rusia, Ukraine langkah proaktif dilaksana kurangkan kesan sporadik

 (Ukarine merupakan pengeksport keempat terbesar gandum di dunia/AFP)

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Impak Konflik Rusia dan Ukraine mendorong jumlah eksport antara Malaysia dengan kedua-dua negara berkenaan mencatat penurunan.

Bagaimanapun Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, penurunan eksport itu hanya memberikan kesan minimal kepada prestasi keseluruhan sektor eksport Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, sumber import terbesar Malaysia dari Rusia ialah petroleum dan arang batu, manakala Malaysia mengimport gandum dan bijirin serta minyak bunga matahari daripada Ukraine.

Justeru katanya, langkah proaktif secara berterusan dilaksana bagi mengurangkan kesan sporadik konflik kedua-dua negara berkenaan ke atas ekonomi negara menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI

"Kerajaan komited untuk melonjakkan prestasi perdagangan antarabangsa dan pelaburan negara dengan menggalakkan penerokaan pasaran baharu bersama negara-negara dagang yang tidak terlibat dalam konflik tersebut.

"Ini dilaksanakan melalui komitmen konsesi-konsesi tarif di bawah 16 perjanjian-perjanjian perdagangan bebas yang berkuatkuasa dan telah diratifikasi oleh Malaysia, khususnya dengan negara sumber bagi bahan mentah/separa-mentah/telah diproses industri pembuatan produk eksport Malaysia," katanya.

(Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah)

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang ingin mengetahui langkah kerajaan untuk membendung kesan secara tidak langsung, khususnya kepada ekonomi, akibat daripada perang tersebut.

Selain itu, Mohamad juga ingin mengetahui usaha kerajaan untuk memastikan rantau ini tidakakan terlibat secara langsung dalam mana-mana proksi, yang akan memberi kesan buruk kepada negara.

Saifuddin berkata, kerajaan turut menggalakkan industri tempatan mempelbagaikan produk pengganti eksport bagi merebut peluang permintaan pasaran baharu yang wujud akibat konflik tersebut.

Media Baharu