fb fb fb fb fb

Program Ziarah Kasih DUN Mata Ayer utamakan kebajikan masyarakat

Program Ziarah Kasih yang dilaksana sejak Januari lalu telah menyantuni lebih 150 keluarga / Foto RTM

MATA AYER, 6 Mei - Kebajikan masyarakat setempat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer, Perlis menjadi keutamaan pemimpin setempat.

Program Ziarah Kasih yang dilaksana sejak Januari lalu telah menyantuni lebih 150 keluarga terdiri daripada pesakit terlantar, warga emas, ibu tunggal, dan keluarga kurang berkemampuan .

Menurut Penyelaras DUN Mata Ayer Siti Berenee Yahaya , program dilaksana secara berkala berdasarkan maklumat daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Pendekatan ziarah secara terus ke rumah dilihat lebih proaktif dimana masyarakat dapat menyalurkan permasalahan secara terus .

Kebajikan dan pendidikan setiap keluarga juga diberi keutamaan dengan pihak JPKKP bersama agensi terlibat akan menyalurkan bantuan .

Beliau terdahulu menyantuni dua keluarga di Kampung Ngulang dan Kampung Tok Kayaman .

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN