fb fb fb fb fb

Program 'Tukaq Sampah Jadi Duit' diperluas ke Pulau Tuba

LANGKAWI, 23 Mac- Program 'Tukaq Sampah Jadi Duit' kini diperluas ke kawasan pedalaman Kampung Pulau Tuba di sini.

Inisiatif itu sekaligus mampu mengurangkan beban pusat pelupusan sampah di pulau berkenaan yang berdepan lambakan sampah pepejal yang perlu dibawa menyeberangi laut ke Pulau Langkawi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah berkata, program tersebut secara tidak langsung membuka peluang kepada penduduk untuk meraih pendapatan sampingan.

"Inisiatif daripada E-Idaman sendiri, kita bawa program ini ke Pulau Tuba dan Kelibang, tetapi pada hari ini kita lancarkan dahulu di Pulau Tuba.

Ia memberi peluang kepada penduduk Pulau Tuba ini untuk mengumpul sampah dan tukar dengan duit," katanya selepas melancarkan inisiatif tersebut di Depoh Environment Idaman Pulau Tuba.

(Yang Dipertua MPLBP, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah)

Dianggarkan 5,000 penduduk pulau itu menghasilkan satu tan sampah sehari dan perlu dibawa ke Pusat Pelupusan Sampah Belanga Pecah menggunakan pengangkutan laut setiap tiga bulan.

Media Baharu