fb fb fb fb fb

Program Semarak Muzium Labuan, galak perpaduan dalam masyarakat

Foto FB BES Labuan

LABUAN, 3 Mac- Program Semarak Muzium Labuan yang berlangsung sejak semalam diteruskan dengan siri Jelajah Uniti Labuan yang melibatkan tiga perhentian di wilayah itu.

Program tersebut bermatlamat untuk menggalakan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Penjelajahan disertai peserta konvoi motosikal dan kenderaan dari Jabatan Muzium Labuan serta agensi lain yang terlibat.

Konvoi anjuran Jabatan Muzium Labuan itu dimulakan dengan perhentian pertama di Masjid Kampung Lubok Temiang yang diketuai oleh Pengarah Muzium Labuan, Muhammad Azam Adnan.
 
Perhentian kedua melibatkan Masjid Kampung Sungai Labu dan ketiga Masjid Kampung Bebuloh.
 
Turut disampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada kariah masjid terlibat.
 
Turut menyertai jelajah itu, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan, Esther Dingkawan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM