Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai akan diperluas ke seluruh negara

Datuk Seri Dr Noraini di Majlis Pelancaran Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai/Foto RTM

BATU PAHAT, 20 Jun – Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai (UCO) akan diperluaskan ke seluruh negara menerusi kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Skuad Agrikomoditi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ramai rakyat buang minyak terpakai dalam sinki menyebabkan tersumbat dan kos pembaikan tinggi.
  • Perlu kempen kesedaran kerana ramai tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan minyak terpakai.
  • Program akan melibatkan kumpulan komuniti seperti pekebun kecil, wanita dan pelajar untuk menyampaikan maklumat.
  • Minyak terpakai boleh dikitar semula menjadi produk bernilai tinggi termasuk bahan api penerbangan lestari, menyokong sasaran sifar bersih 2050.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Skuad Agrikomoditi yang baharu sahaja dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini akan digerakkan bagi menjayakan kempen kesedaran.

“Sebab itu kita perlu buat kempen sebab selama ini ada setengah daripada rakyat Malaysia buang minyak yang telah dipakai. Sekiranya kita tidak maklum mengenai program pengumpulan minyak masak terpakai ini, ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan minyak terpakai itu.

“Jadi, kita akan buang dalam sinki sahaja dan ia akan menyebabkan tersumbat dan ia akan mendatangkan lebih banyak kos kalau mahu betulkan. Sebab itulah program-program sebegini kita laksanakan,” katanya.

Skuad berkenaan dianggotai pelbagai kumpulan komuniti termasuk pekebun kecil, wanita, dan pelajar yang berperanan menyampaikan maklumat.

Langkah itu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengitar semula bahan berkenaan yang boleh diproses menjadi produk bernilai tinggi termasuk bahan api penerbangan lestari.

Selan itu, ia menyumbang kepada usaha negara mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Stesen Minyak Parit Bintang di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.