Program Minda Sihat sahsiah hebat perkasa wanita di Perlis

Seramai 400 peserta menyertai Program Minda Sihat Sahsiah Hebat Bersama Wanita Negeri Perlis

KANGAR, 22 Februari – Seramai 400 peserta tidak melepaskan peluang menyertai Program Minda Sihat Sahsiah Hebat Bersama Wanita Negeri Perlis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program memfokuskan kepimpinan wanita untuk membentuk pemimpin masa depan yang hebat dan berilmu.
  • Matlamat untuk melahirkan wanita bersedia mengharungi cabaran semasa dan menjadi contoh teladan.
  • Usaha mengubah landskap kepimpinan agar lebih saksama, inklusif dan memanfaatkan potensi wanita.
  • Program dianjurkan MAPIM Negeri Perlis dengan kerjasama Wanita UMNO Negeri Perlis dan pemimpin wanita tempatan terlibat.

Program dianjurkan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perlis dengan kerjasama Wanita UMNO Negeri Perlis.

Menurut Pengerusi Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perlis, Rozieana Ahmad, program memfokuskan kepimpinan dalam kalangan wanita ke arah membentuk pemimpin masa depan yang hebat, berilmu dan menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

Selain itu, inisiatif pelaksanaan program juga bagi melahirkan wanita yang bersedia mengharungi cabaran semasa serta mengubah landskap kepimpinan negeri dan negara agar lebih saksama, inklusif, dan memanfaatkan potensi penuh wanita dalam pembangunan negeri dan negara.

Beliau berkata demikian pada Sesi Perkongsian Minda Sihat Sahsiah Hebat Bersama Wanita Negeri Perlis bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Ali; Ketua Wanita UMNO Bahagian Padang Besar, Haslinda Ahmad dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Siti Berenee Yahaya.

Program akan dirasmikan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.