fb fb fb fb fb

Program khas kekang buli di sekolah bawah JAIS

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

KUALA SELANGOR, 13 Ogos - Selangor akan melaksanakan program khas bagi membanteras gejala buli di sekolah bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri memandang serius isu buli yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga terhadap keselamatan anak mereka.

Program tersebut akan dilaksanakan khususnya di sekolah berasrama, seperti Maahad Integrasi Tahfiz Selangor.

"Kita akan laksanakan program yang baik dan arahan-arahan tertentu, termasuk memastikan tidak ada sebarang insiden yang menyebabkan kegelisahan dalam kalangan ibu bapa dan juga penjaga terhadap anak-anak mereka. Kita memandang serius, Insya-Allah kita akan cuba laksanakan bawah sekolah JAIS," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Wasatiyyah dan membendung Ekstremisme serta Pelancaran Selangor Bertadabbur di sini, hari ini.

MASNIZA AWANG KECHIK