fb fb fb fb fb

Program KESUMA Madani di P. Pinang, terima sambutan menggalakkan

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong beramah mesra dengan penganut Hindu sempena sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga hari ini/BERNAMA

GEORGE TOWN, 11 Februari- Lebih 2,500 pengunjung memanfaatkan khemah yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Program KESUMA Madani sempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata terdapat 200 sukarelawan Wira Kesuma yang terdiri daripada pelajar Institut Latihan Perindustrian warga KESUMA dan orang awam yang bertugas membantu pengunjung.

Tambah beliau, ruang itu disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk berehat selain menyediakan pelbagai kaunter bagi pendaftaran kursus percuma yang ditawarkan.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang.

"Kita juga menyediakan kaunter untuk mendaftarkan kursus kemahiran percuma. Contohnya di NIOSH, kursus jika daftar diluar mungkin RM6,000-RM7,000 tetapi hari ni kita bagi percuma.

Banyak kursus TVET, ada program Malaysian Indian Skill Initiative (MISI). Semuanya boleh didaftar di sini," kata Steven kepada pemberita, hari ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM