fb fb fb fb fb

Program Kayuhan MARA Madani, santuni asnaf

Program Kayuhan MARA Madani dilaksanakan MARA Negeri Perlis

ARAU, 9 Mac- Program Kayuhan MARA Madani dilaksanakan MARA Negeri Perlis, sempena sambutan Hari MARA ke-58.

Program kayuhan melibatkan seramai 70 peserta, sejauh 11.72 kilometer menyusuri empat buah kampung iaitu Kampung Ulu Pauh, Kampung Baru Ulu Pauh, Kampung Lalang dan Kampung Tengah.

Menurut Pengarah MARA Negeri, Mohd Azam Jamaluddin, program dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi dan memberikan manfaat kepada komuniti sekitar sama ada melalui sumbangan kewangan, masa atau sumber yang lain.

"Program ini juga menjadi platform kepada komuniti MARA melibatkan warga kerja MARA, alumni, usahawan dan pelajar untuk memahami perjuangan MARA memperkasakan sosioekonomi bumiputera", katanya pada Program Program Kayuhan MARA Madani sempena Hari MARA ke-58 di MRSM Arau.

Bersempena kayuhan ini juga, peserta kayuhan turut singgah di lima buah rumah asnaf sekitar Kampung Ulu Pauh, Kampung Baru Ulu Pauh, Kampung Lalang dan Kampung Tengah bagi menyampaikan sumbangan kotak makanan.

ROSLINA BINTI DIN