fb fb fb fb fb

Program Explorasi Rukun Negara akan diperluas - Aaron

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 November- Program Explorasi Rukun Negara akan diperluas dengan memberi tumpuan di kawasan bandar pada tahun hadapan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata beberapa aktiviti sudah dirancang di bawah program berkenaan bertujuan menyuburkan lagi penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia selaras dengan matlamat digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara iaitu membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi saling menghormati dan bertanggungjawab.

"Kementerian Perpaduan Negara telah melipatgandakan usaha dan inisiatif penghayatan terhadap Rukun Negara melalui Eksplorasi Rukun Negara dengan pelaksanaan Dialog Anak Muda, Ekspresi Rukun Negara, Muzikal Eksplorasi Rukun Negara, Hero Impian Untuk Malaysia, Pameran Mini Rukun Negara, Kisah Kejayaan Malaysia Kita dan Kapsul Suara Anak Malaysia," kata Aaron kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM