fb fb fb fb fb

Program bersama-sama komuniti diperhebat

Dr Fathul bersama-sama penduduk dalam Program Prihatin dan Mesra di kawasan Dewan Undangan Negeri Kayang dengan jawatankuasa UMNO Bahagian Kangar

KANGAR, 13 Januari - UMNO Bahagian Kangar akan melaksanakan lebih 30 program bersama-sama komuniti, meliputi program bersempena hari kebesaran, perayaan, pelbagai program bantuan serta pelbagai lagi yang akan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat sepanjang tahun ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya antara program yang dikenal pasti termasuklah Pertandingan TikTok Pelancongan Perlis, Singgah Sahur, Kuiz Raya, Ziarah Kasih BelaCare, Program Ngaji Dewasa dan Remaja serta Khidmat Komuniti.

Program yang disusun atur itu, sebahagian daripada program merupakan program baharu dan sebahagian lagi program yang telah dilaksanakan sebelum ini tetapi dengan pendekatan lebih menyeluruh dan bersasar.

"Usaha melaksanakan program bersama-sama komuniti sebagai keprihatinan kepimpinan UMNO Bahagian Kangar selain medium menyalurkan maklumat berkaitan inisiatif dilaksanakan kerajaan.

"Selain itu, program sebegini juga membuka ruang bagi menyelami setiap permasalahan dihadapi masyarakat setempat selain mengeratkan silaturahim serta membolehkan masyarakat bersama-sama menyertai setiap program dikawasan masing-masing." Dr Fathul bercakap dalam Program Prihatin dan Mesra di kawasan Dewan Undangan Negeri Kayang bersama jawatankuasa UMNO Bahagian Kangar.

Sepanjang tahun 2023, lebih 20 program dilaksanakan termasuk Mai Derma Darah, bantuan kebajikan dan pendidikan, kelas ngaji dewasa, program buboq Kangar dan aduan rakyat.

TETITIA YUSOFF