KUALA LUMPUR, 9 Mac- Nasional FM Ambil Tahu terus membantu golongan memerlukan.
Langkah itu dilancarkan menerusi program Ahlan Ya Ramadan 2024, terhadap anak-anak yatim daripada Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA).
Personaliti Nasional FM, Dyya Nawai berkata program bertujuan membantu golongan itu membuat persiapan pembukaan sesi persekolahan dan ketibaan Ramadan.
"Semestinya kita menyatuni anak2 yatim membuat mereka gembira untuk menyambut ketibaan ramadan apatah lagi bila mendapat beg sekolah baharu. Insya-Allah, itu akan memberikan mereka semangat untuk meneruskan sesi persekolahan bagi sesi 2024 walaupun semua adalah anak yatim tiada ibu ayah."
"Jadi dengan kehadiran keluarga Nasional FM, mereka akan ada sebuah keluarga yang lain, yang cukup dekat dengan mereka," kata Dyya kepada pemberita selepas menerima bantuan kelengkapan persekolahan dari Pusat Pakaian Hari-Hari.
Kelengkapan tersebut akan diserahkan Penolong Pengurus NasionalFM, Intan Suhaidah Sujas kepada wakil pertubuhan di Masjid Sri Sendayan.