KUALA LUMPUR, 25 November- Sebanyak RM9 juta berjaya dikutip Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh tiga hari penawaran diskaun 60 peratus sempena dengan Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menerusi kenyataan memaklumkan jumlah itu hasil 103,590 ribu kes saman diselesaikan.
Ia diperoleh melalui saluran pembayaran saman termasuk kaunter PDRM secara tunai, pembayaran elektronik, serta platform MyBayar PDRM.
Jelasnya, kehadiran lebih 32,000 pengunjung pada program itu menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.
Dalam pada itu, katanya JSPT sedang mengkaji pelaksanaan program pengurangan bayaran saman secara dalam talian di seluruh negara.
Terutamanya, melalui aplikasi MyBayar PDRM selain meningkatkan lagi jumlah pengguna berdaftar.