fb fb fb fb fb

Produk diskriminasi minyak sawit Malaysia, KPK akan ambil tindakan

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 9 Mac- Mana-mana pihak yang didapati menjual produk berlabel "tanpa minyak sawit" akan dikenakan tindakan tegas.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ia merupakan cerminan kepada isu diskriminasi terhadap minyak sawit negara.

Penguatkuasaan di pelabuhan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga perlu diperketatkan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Selain itu, kementerian turut berbincang dan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai usaha untuk menanganinya.

Kita ada undang-undang. Mereka tidak boleh nak diskriminasi terhadap produk kita, ia adalah salah. Di Indonesia, ia tegas tetapi di sini, semua pasar raya banyak yang bawa produk-produk pembungkusan 'tidak ada kelapa sawit'."

"Tidak ada kena mengena produk itu. Jadi, ini yang kita nak beritahu, yang kita ada undang-undang," kata Datuk Johari kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Label Minyak Masak Saji Baharu dengan Logo pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di ibu negara.

Tambah Johari, kesalahan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM