PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup

FOTO RTM

KINABATANGAN, 10 Januari- Jalan sekitar pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag di sini mula ditutup sementara bermula 7 pagi ini bagi melancarkan aliran trafik sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang berlangsung hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jalan sekitar Dewan Sri Lamag ditutup sementara untuk melancarkan aliran trafik sempena penamaan calon PRK Kinabatangan dan DUN Lamag.
  • Penyokong calon mula hadir seawal 6.30 pagi manakala suasana di pusat penamaan dilaporkan dalam cuaca baik.
  • SPR menetapkan tempoh berkempen 14 hari; hari pengundian 24 Jan dan undi awal 20 Jan.

Penutupan jalan melibatkan Jalan Dato Pengiran Galpam bermula dari hadapan Mahkamah Syariah hingga Simpang Tiga menuju Jalan Dato Malek Chua.

Tinjauan Bernama mendapati cuaca baik, manakala penyokong calon yang bertanding mula hadir ke pusat berkenaan seawal 6.30 pagi.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari dengan hari pengundian pada 24 Jan, manakala pengundian awal pada 20 Jan.- BERNAMA