fb fb fb fb fb

Presiden Indonesia Prabowo berlepas pulang

Pesawat khas yang membawa Prabowo Subianto bersama delegasinya berlepas pulang selepas menamatkan lawatan negara sehari ke Malaysia hari ini/RTM

SUBANG, 27 Januari-  Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlepas pulang petang ini selepas menamatkan lawatan negara ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad hadir di Pangkalan Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini untuk mengucapkan selamat jalan kepada Prabowo.

Beliau turut menyerahkan sebuah album khas kepada Menteri Luar Indonesia, Sugiono yang mewakili Presiden Indonesia sebagai kenangan lawatan rasmi itu.

Album tersebut memuatkan gambar-gambar sepanjang kunjungan beliau di Malaysia.

Pesawat khas yang membawa Prabowo bersama delegasinya termasuk beberapa menteri Kabinet Indonesia dan pegawai kanan kerajaan berlepas pada pukul 6.25 petang.

Lawatan negara itu menyaksikan Malaysia dan Indonesia memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang strategik termasuk sektor pertahanan.

Selain itu, kedua-dua negara turut menegaskan komitmen untuk memajukan kerjasama antara syarikat minyak utama iaitu PETRONAS dan PERTAMINA bagi meneroka peluang baharu dalam perniagaan dan pelaburan.

Lawatan berkenaan mencerminkan hubungan erat antara dua negara serumpun, sekali gus mengukuhkan lagi ikatan sejarah, budaya dan ekonomi yang telah lama terjalin.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA