KUCHING, 11 Oktober – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI yang memperuntukan RM6 bilion untuk negeri itu dalam Belanjawan 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- Penghargaan Premier Sarawak terhadap peruntukan RM6 bilion dalam Belanjawan 2026.
- Peruntukan dijangka memantapkan hala tuju pembangunan ekonomi negara dan Sarawak.
- Langkah itu dilihat mengeratkan hubungan antara Kerajaan MADANI dan Kerajaan Sarawak.
- Pendekatan disampaikan semasa ucaptama Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Yang Dipertua Negeri.
- Pentingnya kerjasama persekutuan-negeri untuk mencapai matlamat pembangunan bersama.
Peruntukan itu akan memantapkan hala tuju pembangunan ekonomi negara, khususnya di Sarawak.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI, yang telah memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2026 sebanyak RM6 bilion.
“Sudah tentu ini dapat merapatkan lagi perhubungan antara Kerajaan MADANI dan Kerajaan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir ke-79 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Padang Merdeka di sini.