fb fb fb fb fb

PPS SK Permatang Pasir ditutup, situasi banjir Pulau Pinang pulih

Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir ditutup sepenuhnya pada pukul 10.00 pagi tadi

BUKIT MERTAJAM, 26 November - Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir yang menempatkan penduduk terjejas banjir sejak Ahad lalu ditutup sepenuhnya pagi tadi.

Penutupan PPS itu sekali gus menjadikan situasi banjir di Pulau Pinang pulih sepenuhnya. 

Menurut Pusat Pengurusan Bencana Pulau Pinang (SDCC), penutupan PPS terbabit pada pukul 10.00 pagi tadi selepas menempatkan 50 penduduk dari 11 keluarga.

Kesemua mangsa yang berlindung di PPS berkenaan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah situasi banjir kembali pulih.

PPS berkenaan dibuka pada Ahad lalu bagi menempatkan mangsa terjejas banjir selepas Kampung Kota dan Kampung Kolam yang dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak Ahad lepas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI