fb fb fb fb fb

PPS di Terengganu tutup sepenuhnya

TERENGGANU, 14 Disember- Pusat Pemindahan sementara, PPS di Terengganu ditutup sepenuhnya.

PPS terakhir SK Atas Tol di Kuala Terengganu ditutup kira kira pukul 12 tengah hari tadi.


(PPS SK Atas Tol di Kuala Terengganu ditutup kira kira pukul 12 tengah hari tadi)

Menerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, PPS di Surau Kampung Nyatuh Setiu pula ditutup kira kira pukul 10 pagi tadi.

Penduduk yang terjejas mula pulang ke kediaman masing-masing sejak awal pagi semalam berikutan keadaan cuaca bertambah baik sehingga hari ini.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan berisiko banjir sentiasa perlu berwaspada dengan amaran banjir dan berpindah jika diarah berpindah oleh pihak berkuasa.

Media Baharu