
BANDAR BAHARU, 9 Mei -Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan KEDA Sungai Tengas di Kampung Sungai Tengas Bandar Baharu ditutup pukul 7.00 malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Penduduk terjejas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut.
- Hanya di Kampung Ayer Itam kawasan luar rumah masih bertakung.
- Banjir kilat memindahkan 44 orang daripada 12 keluarga ke pusat pemindahan.
- Empat kampung turut terjejas: Kampung Air Itam Dalam, Cherok Meranti, Paya Salak, Batu Hampar.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin menerusi kenyataan berkata, kesemua penduduk terjejas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir surut.
“Hanya di Kampung Ayer Itam kawasan luar rumah air masih bertakung,” katanya menerusi kenyataan itu.
Banjir kilat semalam menyebabkan 44 orang daripada 12 keluarga di Kampung Sungai Tengas dipindahkan ke PPS.
Empat lagi kampung terlibat banjir kilat iaitu , Kampung Air Itam Dalam Kampung Cherok Meranti, Kampung Paya Salak dan Kampung Batu Hampar.