fb fb fb fb fb

Polis trafik PJ fokus kelancaran aliran trafik

SELANGOR, 27 Januari - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah Petaling Jaya, fokus memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang Ops Selamat 19 Tahun Baru Cina yang berlangsung dari 18 Januari sehingga hari ini 27 Januari.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah Petaling Jaya Dsp Ayob Abu, pihaknya telah mengatur perancangan bagi memastikan perjalanan dan kelancaran aliran trafik dalam daerah Petaling Jaya berjalan lancar.


(Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah Petaling Jaya Dsp Ayob Abu)

Seramai 3 pegawai dan 33 anggota bertugas secara aktif sepanjang op selamat ini dijalankan.

"Rondaan dan Pemantauan di lokasi kerap kemalangan dan kesesakan telah diatur sepanjang Op Selamat ini, selain itu, melalui pendekatan rondaan dan pemantauan secara statik dan berkala juga dapat mengurangkan kadar kemalangan dengan meningkatkan kehadiran anggota polis di lapangan," katanya.

Penguatkuasaan juga tidak diabaikan dengan memberi fokus kepada 5 kesalahan utama Trafik iaitu memandu di lorong kecemasan, menggunakan alat komunikasi ketika memandu, tidak patuh lampu isyarat, memotong garisan berkembar, memotong barisan 'Q'.

Op Selamat 19 bakal melabuhkan tirai, namun BSPT Petaling Jaya akan terus komited memberikan khidmat terbaik kepada pengguna jalan raya khususnya dalam daerah Petaling Jaya.


(Anggota polis membantu pengguna jalan raya)

Media Baharu