
GEORGE TOWN, 13 Januari – Polis menahan enam lelaki warga tempatan berusia antara 23 hingga 52 tahun susulan kejadian pergaduhan di tepi Jalan Ho Tian Wan, di sini awal pagi 11 Januari lalu.
- Enam lelaki tempatan ditahan selepas pergaduhan tepi Jalan Ho Tian Wan pada pagi 11 Januari.
- Pertengkaran berpunca daripada perselisihan faham dan polis bertindak pantas menahan suspek.
- Empat dituduh, dua jadi saksi; semua mengaku salah dan didenda RM1,000 setiap seorang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abdul Rozak Muhammad dalam kenyataan memaklumkan, mengesahkan penahanan itu.
“Pihak kami menerima maklumat dari orang awam berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 3.08 pagi.
“Hasil tindakan pantas polis membawa kepada penahanan kesemua suspek kira-kira pukul 3.30 pagi di Jalan Madras, George Town,” menurut kenyataan itu.
Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara individu terlibat.
Kesemua suspek direman selama tiga sehingga hari ini (Selasa) bagi membolehkan siasatan bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Empat daripada enam suspek telah dituduh hari ini bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar. Manakala dua lagi dijadikan saksi pendakwaan.
Kesemua suspek mengaku salah dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 setiap seorang.