fb fb fb fb fb

Polis nafi tiada kelulusan permit untuk perhimpunan mega Palestin

PDRM

28 Februari- Polis menafikan bahawa tiada kelulusan permit dikeluarkan untuk program Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin seperti yang dimaklumkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menerusi laporan sebuah portal berita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata setakat semalam, pihak penganjur masih gagal mengemukakan sebarang pemakluman dan permohonan.

“Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak penganjur Mega Rakyat Demi Palestin pada Khamis lepas.

“Hasil perjumpaan tersebut, pihak penganjur telah dinasihat untuk mengemukakan pemakluman dan permohonan permit kepada pihak IPD Wangsa Maju,” katanya dalam kenyataan.

Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan atau melanggar undang-undang,” katanya.

SITI AISHAH MD ISA